Monday, August 4, 2014

doa buat diri

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Random - Dalam kekhusyukan paling dalam kita meminta pada Sang Pencipta untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman zionist, kita lupa. Aku lupa. Lupa untuk mendoakan diri sendiri dan mereka yang aku sayang. Mohon hidayah Tuhan agar mengisi ruang hati dan jiwa Agar bisa kita menjadi seperti para mujahid di Ghazzah sana. kerana walau tanpa tembakan doa kita mereka mampu menewaskan musuh mereka, menumbangkan tiap mereka walau tanpa senjata. sedang kita, dengan nafsu sendiri saja sudah kalah sebelum berjuang mengangkat senjata.

Doa senjata mukmin.
Allahummansuril islam wal muslimin.
terus berdoa buat saudara2 kita dia Ghazza dan seluruh negara.
jangan lupa doa buat insan yg kita sayang.
mudah-mudahan Allah membimbing kita dan membawa kita ke syurga-Nya.
Allahumma, Amin.

Sunday, June 8, 2014

kullu nafsin zaaiqatul maut

lebih kurang jam 3 setengah tengah malam tadi, kami dikejutkan dengan pemergian ayah kepada seorang sahabat serumah. dalam mamai, aku cuba mencerna. tangisan kedengaran, aku cuba memujuk dalam kesamaran.

dalam rintihan tangisan yang berlagu aku teringat firman Allah swt dalam kitab-Nya:

"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (surah Ali Imran : ayat 185) 

"Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati" - (surah Al-Anbiyaa' : ayat 35)

"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati, kemudian hanya kepda Kami (Allah) kamu dikembalikan" - (surah Al-Ankabut (57)

suasana hening, sunyi tanpa bicara. dan janji Allah itu pasti. tidak lewat walau sesaat atau sedetik pun. fikiran mula melayang membayangkan wajah mak dan abah di rumah. aku mula menanam azam untuk menjadi anak penyejuk mata dan hati mereka. mudah-mudahan tercapai hendaknya.

dan kematian itu pasti bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi. pesanku buatmu sahabat berdoakah. berdoa dan terus berdoa agar mudah-mudahan di akhirat nanti kamu bersua kembali dengan ayah tercinta di syurga. jadilah anak solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah kamu di alam sana.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

mudah-mudahan kau tabah menghadapinya. 


Sunday, May 11, 2014

the last 24 hour

what would you do if your time to remain in this world is only 24 hours left?
what is/are the thing/s that you would like to do/to complete?
what are there to be corrected?

for me tons millions of things to be done correctly. but that last 24 hours wont be enough.

thus, regardless of being regret let us be grateful for all the things we had/ had happened in our life. seeking apologizes from those  who was hurt by us and most importantly is to pledge for His forgiveness.

Oh Allah may You forgives us all for our sins and bad things that we have done.

Sunday, January 26, 2014

The one most dearest

Assalam.

     Bercerita tentang sahabat, hati teringin sekali untuk menjadi seperti Saindina Abu Bakar r.a. Siapa beliau? MashaAllah, sahabat qarib Rasulullah s.a.w. Antara yang pertama bergelar muslim.

     Kepercayaan beliau pada Baginda Nabi s.a.w melebihi segalanya. Tatkala penduduk Mekah tidak mempercayai kisah Isra' dan Mi'raj, Abu Bakar mempercayai kisah tersebut dengan sepenuh hati. Tanpa secebis syak wasangka sekalipun.

     Kasih sayang beliau kepada Baginda s.a.w ketika dia Gua Thur, sanggup menahan kesakitan yang teramat semata-mata tidak mahu menggangu lena sahabat di pangkuannya. Sehingga, menitis air mata beliau kerana kesakitan yang ditanggung.

     Kesanggupannyan untuk membelanjakan seluruh hartanya di jalan Allah, membantu Rasul s.a.w di setiap peperangan. Kesediaannya sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan sahabat kesayangannya. Sanggup dia yang terluka tapi bukan Muhammad s.a.w.

Allah..betapa hebatnya sahabat ini! Subhanallah!

Dan kita?
Sahabat bagaimanakah kita?
Layakkah kita digelar sahabat yang baik?
Mampukah kita menjadi sahabat yang menyelamatkan sahabatnya di akhirat kelak?
Atau kita menjadi sahabat yang menyebabkan sahabat kita terjerumus ke dalam api neraka? Nauzubillah..

Sahabat yang baik adalah apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah.
Mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu.
Melihat gerak gerinya, meninggikan takwa kepada Allah.
Berkawan dengannya, memudahkan perjuangan ke jalan Allah.

Sesungguhnya, demi Allah. Mudah-mudahan cinta ini membawa redha Allah sentiasa.
p/s: tadi terbaca blog Anis. And I just realised that I'm still lacking as a friend. How much I miss her yet, I have not contacted her for sooo long. Buat Siti, oh pls laaa fetch me. Kalau tak bakar je lesen tu. Wahaha!