Sunday, June 8, 2014

kullu nafsin zaaiqatul maut

lebih kurang jam 3 setengah tengah malam tadi, kami dikejutkan dengan pemergian ayah kepada seorang sahabat serumah. dalam mamai, aku cuba mencerna. tangisan kedengaran, aku cuba memujuk dalam kesamaran.

dalam rintihan tangisan yang berlagu aku teringat firman Allah swt dalam kitab-Nya:

"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (surah Ali Imran : ayat 185) 

"Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati" - (surah Al-Anbiyaa' : ayat 35)

"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati, kemudian hanya kepda Kami (Allah) kamu dikembalikan" - (surah Al-Ankabut (57)

suasana hening, sunyi tanpa bicara. dan janji Allah itu pasti. tidak lewat walau sesaat atau sedetik pun. fikiran mula melayang membayangkan wajah mak dan abah di rumah. aku mula menanam azam untuk menjadi anak penyejuk mata dan hati mereka. mudah-mudahan tercapai hendaknya.

dan kematian itu pasti bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi. pesanku buatmu sahabat berdoakah. berdoa dan terus berdoa agar mudah-mudahan di akhirat nanti kamu bersua kembali dengan ayah tercinta di syurga. jadilah anak solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah kamu di alam sana.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

mudah-mudahan kau tabah menghadapinya.