Sunday, January 26, 2014

The one most dearest

Assalam.

     Bercerita tentang sahabat, hati teringin sekali untuk menjadi seperti Saindina Abu Bakar r.a. Siapa beliau? MashaAllah, sahabat qarib Rasulullah s.a.w. Antara yang pertama bergelar muslim.

     Kepercayaan beliau pada Baginda Nabi s.a.w melebihi segalanya. Tatkala penduduk Mekah tidak mempercayai kisah Isra' dan Mi'raj, Abu Bakar mempercayai kisah tersebut dengan sepenuh hati. Tanpa secebis syak wasangka sekalipun.

     Kasih sayang beliau kepada Baginda s.a.w ketika dia Gua Thur, sanggup menahan kesakitan yang teramat semata-mata tidak mahu menggangu lena sahabat di pangkuannya. Sehingga, menitis air mata beliau kerana kesakitan yang ditanggung.

     Kesanggupannyan untuk membelanjakan seluruh hartanya di jalan Allah, membantu Rasul s.a.w di setiap peperangan. Kesediaannya sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan sahabat kesayangannya. Sanggup dia yang terluka tapi bukan Muhammad s.a.w.

Allah..betapa hebatnya sahabat ini! Subhanallah!

Dan kita?
Sahabat bagaimanakah kita?
Layakkah kita digelar sahabat yang baik?
Mampukah kita menjadi sahabat yang menyelamatkan sahabatnya di akhirat kelak?
Atau kita menjadi sahabat yang menyebabkan sahabat kita terjerumus ke dalam api neraka? Nauzubillah..

Sahabat yang baik adalah apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah.
Mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu.
Melihat gerak gerinya, meninggikan takwa kepada Allah.
Berkawan dengannya, memudahkan perjuangan ke jalan Allah.

Sesungguhnya, demi Allah. Mudah-mudahan cinta ini membawa redha Allah sentiasa.
p/s: tadi terbaca blog Anis. And I just realised that I'm still lacking as a friend. How much I miss her yet, I have not contacted her for sooo long. Buat Siti, oh pls laaa fetch me. Kalau tak bakar je lesen tu. Wahaha!