Tuesday, August 6, 2013

Jangan dilihat salahnya dia, Tilik diri kita.

binalah hati yang baik yang mana mudah memaafkan kesalahn orang dan tidah mudah berburuk sangka :)
Assalam.

Seringkali kita melihat kesalahan kecil yang dilakukan orang secara berlebihan. Nampak macam besar sungguh kesalahan kecil yang dilakukannya. Tapi bila diri kita melakukan kesalahan yang besar sedaya upaya kita mendefense diri agar nampak kecil kesalahan besar yang kita lakukan.

Firman Allah SWT : ”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”

(QS. Al Hujuraat [49] : 12)

Kita sebagai manusia dikurniakan oleh Allah dengan nafsu. Kita adalah tuan kepada nafsu. Kita kenelah bijak mengawal nafsu itu agar kita tidak bertuankan nafsu, membiarkan nafsu yang mengawal kita. Letakkan iman dihadapan bukan semata-mata fikiran yang mana mudah dikawal oleh nafsu. Nafsu ini menyebabkan kita selalu ingin berprasangka terhadap orang lain, mencari-cari kesalahan yang tidak dilakukan.

Sempena penghujung Ramadhan ini teruskan berdoa agar luntur nafsu kejahatan kita dan teguh nafsu kebaikan kita. Dan bersempena Aidulfitri yang bakal menjelang bermaafan lah kita sesama ummah. Raikan kemenangan ini dengan hati yang terbuka dan jiwa penuh kemaafan. Nescaya kita lebih berseri walau tanpa aksesori yang memberatkan :))

Moga Allah redha. Wassalam

Thursday, August 1, 2013

Indahnya Bila Lidah Selalu Berzikir.



Assalam.

Firman Allah : Ala bizikrillah, tatmainnul qulub.
-Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang-

Sahabat-sahabat percaya ke dengan ayat di atas? Firman Allah. Allah sendiri yang menyebut tentang perkara tersebut di dalam al-Kitab. Saya percaya. Sesungguhnya saya percaya dengan sepenuh hati saya. Kerana apa? Kerana saya dah mencuba :)

Jika ada sahabat-sahabat di luar sana ada yang masih tidak yakin dengan janji Allah ini, yang telah Dia sebut dalam kitabNya,, no worries! Silakan mencuba. Saya jamin, hati-hati kalian akan tenang setenang air di kali bahkan lebih tenang lagi.

Tiada masa nak duduk bertafakur untuk berzikir? Sekali lagi, no worries! Sahabat-sahabat boleh saja sambil-sambil memandu berzikir mengingati Allah. Ketika sedang mencari idea untuk tugasan kerja atau bisa saja semasa sedang memasak ye para isteri di luar sana.

Pengalaman saya sendiri, semasa menjadi pembonceng. Pembonceng bolehlah cerita kan. Tidak perlu fokus pada jalan raya. Eh! siapa kata? Perlu fokus atau kita boleh terjatuh lebih-lebih lagi jika melanggar bumper. Dan setiap kali saya duduk atas motor dalam perjalanan pulang ke rumah (abang jadi tukang bawa motor) sambil-sambil memandang langit saya alun zikir dan semerta itu juga hati terasa bagai terlepas segala beban. Bibir mengukir senyum tapi terpaksa cover sikitlah tak boleh senyum lebar-lebar; nanti abang perasan jadi pelik adik dia senyum sendiri kat belakang.

Masih tak percaya?? Silakan mencuba.