Assalam.
Firman Allah : Ala bizikrillah, tatmainnul qulub.
-Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang-
Sahabat-sahabat percaya ke dengan ayat di atas? Firman Allah. Allah sendiri yang menyebut tentang perkara tersebut di dalam al-Kitab. Saya percaya. Sesungguhnya saya percaya dengan sepenuh hati saya. Kerana apa? Kerana saya dah mencuba :)
Jika ada sahabat-sahabat di luar sana ada yang masih tidak yakin dengan janji Allah ini, yang telah Dia sebut dalam kitabNya,, no worries! Silakan mencuba. Saya jamin, hati-hati kalian akan tenang setenang air di kali bahkan lebih tenang lagi.
Tiada masa nak duduk bertafakur untuk berzikir? Sekali lagi, no worries! Sahabat-sahabat boleh saja sambil-sambil memandu berzikir mengingati Allah. Ketika sedang mencari idea untuk tugasan kerja atau bisa saja semasa sedang memasak ye para isteri di luar sana.
Pengalaman saya sendiri, semasa menjadi pembonceng. Pembonceng bolehlah cerita kan. Tidak perlu fokus pada jalan raya. Eh! siapa kata? Perlu fokus atau kita boleh terjatuh lebih-lebih lagi jika melanggar bumper. Dan setiap kali saya duduk atas motor dalam perjalanan pulang ke rumah (abang jadi tukang bawa motor) sambil-sambil memandang langit saya alun zikir dan semerta itu juga hati terasa bagai terlepas segala beban. Bibir mengukir senyum tapi terpaksa cover sikitlah tak boleh senyum lebar-lebar; nanti abang perasan jadi pelik adik dia senyum sendiri kat belakang.
Masih tak percaya?? Silakan mencuba.
No comments:
Post a Comment