Friday, April 20, 2012

aurat 2

Assalamualaikum! Baik setelah lama menangguh hari ni baru nak sambung tentang cara-cara dan etika-etika pemakaian tudung yang betul dan sempurna. Try test cuba tengok dulu gambar di bawah ini:


"Pilihlah yang betul" itu tema kita ok :) Baik! pada pandangan anda yang mana satu cara pemakaian tudung yang betul? Apa sebenarnya syarat-syaratnya ni.. Sebenarnya, tudung apa pun yang anda nak pakai, sarung atau lilit kat kepala tu tiada masalah. Hatta nak sarung tudung saji sekalipun boleh. Tapi yang penting mestilah tidak mendedahkan aurat.Maksudnya?
 Contoh, kalau anda yang berusia 20 tahun memakai tudung adik anda yang berusia 2 tahun...pakaian anda mestilah tebal atau besar atau yang sewaktu dengannya yang akan melindungi bentuk tubuh anda.
 Contoh kedua, kalau anda hendak memakai tudung yang jarang sepertimana kebanyakan tudung bawal yang ada pada hari ini...anda bolehlah memakainya secara berlapis-lapis sama ada 2,3,4,5,6,7,8....dan seterusnya sehingga tidak ternampak lagi bayang batang leher anda.

 Seterusnya, janganlah anda memakai tudung tetapi menyanggul tinggi rambut anda sehingga nampak bonggolannya seolah-olah seperti bonggol unta. Mahukah anda anda menjadi sepupu sepapat unta??..Ataupun trend masa kini dengan memakai anak tudung yang bersanggul yang banyak dijual di kedai-kedai hari ini. Macam gambar sebelah ni --------------------------------->>> tak boleh ye kawan-kawan  :)
sama atau tidak? sama bukan..
Banyak dalil-dalil yang boleh anda baca tentang cara-cara pemakaian tudung atau cara berpakaian lebih tepat lagi di dalam Al-Quran, hadis-hadis nabi serta buku-buku agama. Jadi janganlah mencari alasan dengan mengatakan tidak tahu sedangkan kita tidak pernah cuba untuk mengetahui.



P/s : sweet kan kalau semua menutup aurat dengan sempurna mcm ilustrasi gambar kartun di atas ni. Islam tidak meletakkan sesuatu syarat itu melainkan hanya untuk kebaikan umatnya. Allah itu Maha Tahu.

BERSAMA-SAMALAH KITA MENUJU KEPADA KEBAIKAN. HIP HIP HORRAY!!

Aurat. Kerana dirimu begitu berharga :)

AURAT adalah sgt penting untuk dijaga dan dipelihara. Kerana apa? Kerana ia adalah arahan dan suruhan yang Allah wajibkan ke atas hamba-hambaNYA. Bukan sahaja ke atas kaum hawa malahan kaum adam juga. Walaupun berbeza kadar aurat antara lelaki dan wanita itu bukanlah menjadi satu alasan untuk mempertikaikan hukum dan ketentuan Allah. Hal ini kerana Allah itu Maha Tahu akan segala sesuatu dan pasti ada hikmah di sebalik perintahNYA itu.

Setakat manakah kadar aurat kita ye?
Lelaki : pusat hingga ke lututPerempuan : pusat ke lutut ( antara perempuan dengan perempuan)                  :seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan ( dengan yang bukan mahram)



Jika dilihat fenoma masa kini ramai wanita-wanita diluar sana yang tidak bersetuju dengan ketentuan ini. Bila sahaja mereka diminta dan disuruh untuk menutup aurat, ada sahaja alasan yang diberi.

   "Panaslah pakai tudung ni"

  "I baru trim rambut tadi, kalau pakai tudung rosaklah rambut I"

  "Alaaa, nanti xde sape nak kat I kalau I pakai tudung. tak gorgeouselaaa!"

Dalam kalangan remaja pula ramai antara mereka yang mengatakan bahawa masih awal untuk mereka memakai tudung pada usia mereka sekarang ini. Tunggu dah tua nanti baru nak pakai tudung. Tunggu dah terhantuk baru nak tengadah. Tunggu nyawa dah sampai di kerongkongan baru nak bertaubat.

Sahabat-sahabat sekalian, janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yang disebutkan di atas. Jadilah kita dalam kalangan mereka yang terawal menyahut seruan dan melaksanakan perintah Ilahi. Alamak! dah mcm mnyahut seruan Ilahi dalm erti kata lain mati pulak kan. :) Tapi xpe kerana mengingati mati itu adalah sunat.

OK lah sampai sini dulu nanti saya sambung lagi tentang bab aurat ini dan kita akan lihat cara-cara menutup aurat yang sempurna. Insya Allah.