AURAT adalah sgt penting untuk dijaga dan dipelihara. Kerana apa? Kerana ia adalah arahan dan suruhan yang Allah wajibkan ke atas hamba-hambaNYA. Bukan sahaja ke atas kaum hawa malahan kaum adam juga. Walaupun berbeza kadar aurat antara lelaki dan wanita itu bukanlah menjadi satu alasan untuk mempertikaikan hukum dan ketentuan Allah. Hal ini kerana Allah itu Maha Tahu akan segala sesuatu dan pasti ada hikmah di sebalik perintahNYA itu.
Setakat manakah kadar aurat kita ye?
Lelaki : pusat hingga ke lututPerempuan : pusat ke lutut ( antara perempuan dengan perempuan) :seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan ( dengan yang bukan mahram)
Jika dilihat fenoma masa kini ramai wanita-wanita diluar sana yang tidak bersetuju dengan ketentuan ini. Bila sahaja mereka diminta dan disuruh untuk menutup aurat, ada sahaja alasan yang diberi.
"Panaslah pakai tudung ni"
"I baru trim rambut tadi, kalau pakai tudung rosaklah rambut I"
"Alaaa, nanti xde sape nak kat I kalau I pakai tudung. tak gorgeouselaaa!"
Dalam kalangan remaja pula ramai antara mereka yang mengatakan bahawa masih awal untuk mereka memakai tudung pada usia mereka sekarang ini. Tunggu dah tua nanti baru nak pakai tudung. Tunggu dah terhantuk baru nak tengadah. Tunggu nyawa dah sampai di kerongkongan baru nak bertaubat.
Sahabat-sahabat sekalian, janganlah kita tergolong dalam golongan mereka yang disebutkan di atas. Jadilah kita dalam kalangan mereka yang terawal menyahut seruan dan melaksanakan perintah Ilahi. Alamak! dah mcm mnyahut seruan Ilahi dalm erti kata lain mati pulak kan. :) Tapi xpe kerana mengingati mati itu adalah sunat.
OK lah sampai sini dulu nanti saya sambung lagi tentang bab aurat ini dan kita akan lihat cara-cara menutup aurat yang sempurna. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment