Saturday, April 21, 2012

MAHRAM. BOLEH BUKAK KE TAK?




Assalamualaikum :))!! Macam mana perkembangan kawan-kawan sekalian? Pemakaian tudung dah ikut garisan-garisn yang sepatutnya? SUDAH ATAU BELUM itu saya serahkan kepada sahabat-sahabat untuk menilai sendiri berdasarkan landasan-landasan yang betul.

Baik! Dah cerita tentang cara-cara menutup aurat dengan pemakaian tudng yang sempurna TAPI.......dengan siapa ye kita perlu jaga aurat ni?HMMM.....


Yang pasti mestilah dengan yang bukan muhrim kita. Muhrim atau mahram adalah perkataan arab yang asalnya haram a.k.a HARAM dalam bahasa melayu nya. Mahram pula ialah orang yang haram dikahwini.
Kalau nak senaraikan yang itu macam agak panjang jadi apa kata kita tengok senarai mereka yang tidak boleh kita kahwini yakni mereka-mereka yang terpilih yang boleh melihat aurat kita ni selain spesis kita ialah:

1) ayah
2) adik beradik
3) atuk
4) adik-beradik ibu & ayah
5) adik beradik atuk & nenek
6) anak
7) anak buah
8) bapa mentua
9) bapa tiri
10) anak tiri
11) menantu
12) saudara seibu susuan
13) cucu cicit

Selain daripada yang di atas adalah diharamkan untuk kita menunjuk dan membuka aurat kita. Juga tidak boleh kita menunjukkan aurat kepada perempuan-perempuan yang bukan muslim. ( betulkan saya kalau saya silap)

Jadi berhati-hatilah anda dengan sepupu sepapat anda. Saya menekankan tentangnya di sini kerana ramai yang berpendapat bahawa sepupu sepapat boleh melihat aurat kita. Tapi, TIDAK BOLEH ya! Kerana kita boleh berkahwin dengan mereka.


No comments:

Post a Comment