Thursday, August 18, 2016

future

lama mak aih tak borak dengan kawan.
dok umah jaga anak asyik rasa nak mensiraaaap je darah. astaghfirullah T.T

balik makan sushi bonanza tadi,
burrpp! alhamdulillah kenyang makan
on the way balik nii
dalam gheta hangat uuuiiiihhh cerita
pasai masa depan
in the future orang kampung cakap selalu

yela, citacita nak anak ghamai kaaan bertemankan kekasih sejati sehidup sebaldi (tips dah bagi)
so, cerita pasai bebudak nuuuu
pasai cuaknya nak jadi parents. duhh! cuak ini bung.

when we talk about parenting I've always wondered what is the best way in teaching, educating and raising our children.
how do we make them into qurratun aa'yun; pensejuk bebola mata?
how do we bend them into a person with qalbun saleem (a healthy heart)?
how do we make ourself to be the best parents?
are there any guidelines that could help us in this hardcore task force of parenting world?

(26; 88-89)

I've once listened to a talk on how to treat our children.
pakar motivasi tu kata (dengan sedikit penambahan ayat bergebang dari aku);
bila anak umuq bawah dari 6 tahun layan depa main lantakla tunggang terbalik rumah kapal karam aihh layan depa main
bila start masuk umuq 7 tahun kena tegas, hukum bila salah puji dan bagi reward bila baguih
dan bila anak dah besaq tagun jadi remaja aka teenager kate orang kampung i lagi, layan depa macam kawan jadikan depa sohabat kita

tapi masa umuq bawah 6 tahun tu dak la makna dia main jaaa 24/7 selama 6 tahun tu. 
main tetap main tapi jangan lupa start ajaq depa mana betui mana salah mana baik mana buruk.
bukan setakat abc, 123, alip batak (eh!)
yela, melentur buluh biar dari rebung ye dak? gittew.

and I've seen a few with different ways of parenting style and it really has a difference.
and of course kanakkanak is always hard to predict and hard to handle, yea.

saya memohon kepada ibuibu bapabapa dan merayu kepada diri saya sendiri untuk bertabah dan bersabar dengan setinggi tinggi kesabaran bila membesarkan mereka.

moga Allah membalas jasa kedua ibubapa kita dengan sebaikbaik pembalasan. amin allahumma amin.

p/s: mak i jaga anak anak anak anak anak orang,
kawan i yang concern sama ni cikgu tadika mak aihhh. tabik spriingg!

Monday, August 15, 2016

the 11th hour

lepas maghrib tadi sempatlah kacau adik bongsu aku study sat.
dia study agama islam tadi bab jenazah.
jeng3!! *nyanyi siket*
~bila izrael datang memanggil jasad terbujur di pembaringan~
gagap la jugak nak menjawab.
dan baru sedar banyak yang aku lupa dah.
mak aih. astaghfirullah.
gagap jugakla kot kalau kena jadi imam utk solat jenazah.
nasib baik aku perempuan dan aku bukan hidup berpaksikan fahaman feminisme.
(lawak ni ingat balik masa kem kami medik 1st year dulu mak aihh)

kot2 la parents aku meninggal mampu ke aku dan adik beradik aku yang uruskan jenazah depa
mandi, kafan and solat jenazah
alhamdulillah masa atuk aku meninngal dulu abang aku yang jadi imam solat jenazah tapi la ni dia bizi dah kerja.
alang3 aku duduk rumah awatla aku tak amik inisiatif belajaq balik bab agama ajak dan ajaq adik2 aku sekali. my bad.

it really hurts me every time aku realised byk ilmu yang dulu segar bugar dipucuk minda kini dok tersepit dekat celah celah hutan belantara otak yang paling dalam.
my bad sb tak belajaq paham dan hapai sepenuh hati sekadar utk exam.
my bad sb tak ulang kaji sambung ngaji dengan ustat ustazah.
my bad sb jarang pi kelas ngaji agama la ni

pahtu berangan nak kawen nak ada anak comey ramai ramai. auuwww!
sapa nak ajaq depa oi kalau bukan kau.
kalau kau pon gagap padiaaa kau nak ajaq.
puii!

make a change hawa.
be the 1st change if u want to change others.

btw, aku minat hlovate and paling fond dgn contengan jalanan.
ade la dekat 10 kali aku baca dah tapi emosi setiap kali baca.
bacala oii sapa belum baca.
 terrrbaaikk! boboiboi.


Saturday, July 30, 2016

jodoh?

Nak carik yang sehati sejiwa tu
Bukan semudah mencari kerja di mudah.com
Bukan as easy as abc omputeh kata
Sebab kita tak boleh sukasuka nak belah dada dan lihatlah hatiku. Gitteww.

Kalau tibatiba ada orang datang habaq
"Weh, aku suka kat hang. Jom nikah dengan aku".
"Hatiku kuat mengatakan dinda yang terbaik untk kanda. Sudikah dinda menjadi permaisuri hidup kakanda?"
Padiaaaaa.
Macam mana nak tahu yang dia betul ikhlas.
Macam mana nak tahu yang dia takkan berpaling tadah bilabila nanti.
You know what I mean right..

Cuak bak hangggg.
Gila cuak.
Tengok kawankawan yang dah kahwin alhamdulillah bahagia seronok.
Moga terus diberkati dilimpahi rahmat Allah dan dipenuhi kasih sayang sll.

Dan aku.
Hmm aku rasa aku belum sedia kot.
Tapi kalau dah sampai seru apa salahnya kan. OMG!!!
Tapi just in case yang nak tips cara memilih calon terbaik tu,
bolehlah bangkit malam pi bilik ayaq ambik wudhuk solat sunat sat tahajud, istikharah mohon sungguhsungguh pada Tuhan agar diberi petunjuk yang terbaik.
Goodluck and all the best pada yang bertanya.
Allahuyuftah alaik.

Thursday, July 14, 2016

al.ma.ma.ter.



baru 2 minggu,
dah rindu.
susah nak move on rupanya aku ni.
suka hold on to the past.

orang kata barang yang lepas jangan dikenang
tapi mana sanggup aku lupakan segala macam peristiwa pahit payau masin masam manis tawar dengan para ashabi dekat alma mater.

5 tahun bukan sekejap. 
lebih lebih lagi bila sahabat yang sehati seikat sejantung
dok kehuluhilir sama sama
yang nampak air mata kita tumpah
yang sama sama gelakkan orang (eh!)
yang sama sama support each other
yang jadi musuh bergaduh bertekak bagai nak rak
yang jadi tempat mengadu
tempat lepaskan kemarahan rasa geram bengang dan sebagainya.

will miss them always and always.
inshaAllah doa tu selalu ada utk anda anda
moga dipanjangkan jodoh utk dipertemukan semula.







Thursday, May 12, 2016

.



yang punya kisah hitam di masa lampau itu,
mungkin dia lebih baik
yang punya sejarah hitam di masa lalu itu,
mungkin dia lebih baik
yang punya kejahatan di masa silam itu,
mungkin dia lebih baik


-Al-Hujrat, ayat 11-

Saturday, May 7, 2016

counting days

lupdup lupdup
tiktok tiktok, tiktok teko
pejam celik pejam celik pejam balik_tak celik celik (eh!)
mak hanggggg, 45 hari lagi nak exam PRO III

dalam kereta tadi,
entah malaun mana (adakah aku?) tengah enjoyenjoy tetiba dok peringat pasal exam
masing-masing mengeluh (astaghfirullah T.T )
"exam lagi, banyaknya exam".
baru je pagi tadi exam teori utk surgery posting and mostly semalam masingmasing baru habis clinical exam.

tibatiba, haaaaa kau
hakak naqibah bersuara (kikiki, ampun kak ampuuuunn)
"nanti lepas ni (masa dah kerja) harihari kita exam"
bedesup! darah mengalir laju ke otak dipam jantung yang nyawanyawa manusia bercitacita nak undergo bariatric surgery sb malas nak eksesais kof3 *batukseketika*
cuak beb.
serius cuak.
ayam ungkep mak depan mata ni belum tentu mampu nak telan ;'( sobs

i read this quote somewhere,
"one should be delicate in dealing with lives"
tapi aku masih bersambillewa, bergumbiratakhengat, dan bermalasmalasan.
-nangis tekup muka bawah bantal-