Saturday, December 31, 2016

Had a conversation with kak tiqa yesterday.
Ayat dia lebih kurang gini,
"Beruntungnya kita jadi kakak/abang yang atas sb masatu parents kita baru nak mulakan hidup, susah tapi kita tetap dapat keperluan kita. Maknanya diorg lagi sayg kita eventhough adik2 kita dapat semua yg diorg mintak walau bukan keperluan."
Gitulah lebih kurang lepas aku tambah garam dan perisa.
Ha'a beruntungnya kita lagi masatu mak ayah kita garang sangat bilamana diorg didik kita (90's parenting style punya parents) tegas kemain compared dgn adik2 kita yang lebih dimanjakan. Nampak macam tak sayang tp memg betul kata orang sayang anak tangantangankan.
Aku yakin almost all those yg lahir in 90's akan cakap macam ni dengan adik2 diorg,
"Tula ko dulu akak nakal sikit je kena sebat@talipinggang@hanger@rotan (dan yang sewaktu dgnnya). Untungla koooo semua dapat."
Masatu parents kita baru nak belajar jadi mak jadi ayah that precious moment they will remember more. That moments with us the first/earliest born.

So! 90s peoples pls dont be sad for not being loved but be grateful for being loved and cherished.

P/s: alfatihah for our beloved twin brother hj muhammad safwan hj mahali

Saturday, December 10, 2016

aku suka cuti

Image result for jiwa kosong kenapa


rasa tak pernah duduk rumah lama macam ni up to 5 months dari lepas habis belajar haritu.
rutin yang sama almost everyday baru recently start jadi RA sementara.
IM BACK TO UPM!

currently watching this one drama.
(ampun. aku sll terbawa bawa perasaan tengok drama dlm real life. cis hawa cis!)
so malam ni pon jiwa jadi melodrama. wadehek.

scrolled FB just now. like always her status always inspired me.
thanks to you for inspiring me.
i know u are trying hard to make everything into a positive one and I salute u.
for that never ending effort. 
a <3 for you.  

maybe I should try hard too. I must, though.

be strong ok. always and always.
and keep being an inspiration for all the peoples in need. 
indeed, we are human and weak.
need inspiration to inspire. 

Thursday, August 18, 2016

future

lama mak aih tak borak dengan kawan.
dok umah jaga anak asyik rasa nak mensiraaaap je darah. astaghfirullah T.T

balik makan sushi bonanza tadi,
burrpp! alhamdulillah kenyang makan
on the way balik nii
dalam gheta hangat uuuiiiihhh cerita
pasai masa depan
in the future orang kampung cakap selalu

yela, citacita nak anak ghamai kaaan bertemankan kekasih sejati sehidup sebaldi (tips dah bagi)
so, cerita pasai bebudak nuuuu
pasai cuaknya nak jadi parents. duhh! cuak ini bung.

when we talk about parenting I've always wondered what is the best way in teaching, educating and raising our children.
how do we make them into qurratun aa'yun; pensejuk bebola mata?
how do we bend them into a person with qalbun saleem (a healthy heart)?
how do we make ourself to be the best parents?
are there any guidelines that could help us in this hardcore task force of parenting world?

(26; 88-89)

I've once listened to a talk on how to treat our children.
pakar motivasi tu kata (dengan sedikit penambahan ayat bergebang dari aku);
bila anak umuq bawah dari 6 tahun layan depa main lantakla tunggang terbalik rumah kapal karam aihh layan depa main
bila start masuk umuq 7 tahun kena tegas, hukum bila salah puji dan bagi reward bila baguih
dan bila anak dah besaq tagun jadi remaja aka teenager kate orang kampung i lagi, layan depa macam kawan jadikan depa sohabat kita

tapi masa umuq bawah 6 tahun tu dak la makna dia main jaaa 24/7 selama 6 tahun tu. 
main tetap main tapi jangan lupa start ajaq depa mana betui mana salah mana baik mana buruk.
bukan setakat abc, 123, alip batak (eh!)
yela, melentur buluh biar dari rebung ye dak? gittew.

and I've seen a few with different ways of parenting style and it really has a difference.
and of course kanakkanak is always hard to predict and hard to handle, yea.

saya memohon kepada ibuibu bapabapa dan merayu kepada diri saya sendiri untuk bertabah dan bersabar dengan setinggi tinggi kesabaran bila membesarkan mereka.

moga Allah membalas jasa kedua ibubapa kita dengan sebaikbaik pembalasan. amin allahumma amin.

p/s: mak i jaga anak anak anak anak anak orang,
kawan i yang concern sama ni cikgu tadika mak aihhh. tabik spriingg!

Monday, August 15, 2016

the 11th hour

lepas maghrib tadi sempatlah kacau adik bongsu aku study sat.
dia study agama islam tadi bab jenazah.
jeng3!! *nyanyi siket*
~bila izrael datang memanggil jasad terbujur di pembaringan~
gagap la jugak nak menjawab.
dan baru sedar banyak yang aku lupa dah.
mak aih. astaghfirullah.
gagap jugakla kot kalau kena jadi imam utk solat jenazah.
nasib baik aku perempuan dan aku bukan hidup berpaksikan fahaman feminisme.
(lawak ni ingat balik masa kem kami medik 1st year dulu mak aihh)

kot2 la parents aku meninggal mampu ke aku dan adik beradik aku yang uruskan jenazah depa
mandi, kafan and solat jenazah
alhamdulillah masa atuk aku meninngal dulu abang aku yang jadi imam solat jenazah tapi la ni dia bizi dah kerja.
alang3 aku duduk rumah awatla aku tak amik inisiatif belajaq balik bab agama ajak dan ajaq adik2 aku sekali. my bad.

it really hurts me every time aku realised byk ilmu yang dulu segar bugar dipucuk minda kini dok tersepit dekat celah celah hutan belantara otak yang paling dalam.
my bad sb tak belajaq paham dan hapai sepenuh hati sekadar utk exam.
my bad sb tak ulang kaji sambung ngaji dengan ustat ustazah.
my bad sb jarang pi kelas ngaji agama la ni

pahtu berangan nak kawen nak ada anak comey ramai ramai. auuwww!
sapa nak ajaq depa oi kalau bukan kau.
kalau kau pon gagap padiaaa kau nak ajaq.
puii!

make a change hawa.
be the 1st change if u want to change others.

btw, aku minat hlovate and paling fond dgn contengan jalanan.
ade la dekat 10 kali aku baca dah tapi emosi setiap kali baca.
bacala oii sapa belum baca.
 terrrbaaikk! boboiboi.


Saturday, July 30, 2016

jodoh?

Nak carik yang sehati sejiwa tu
Bukan semudah mencari kerja di mudah.com
Bukan as easy as abc omputeh kata
Sebab kita tak boleh sukasuka nak belah dada dan lihatlah hatiku. Gitteww.

Kalau tibatiba ada orang datang habaq
"Weh, aku suka kat hang. Jom nikah dengan aku".
"Hatiku kuat mengatakan dinda yang terbaik untk kanda. Sudikah dinda menjadi permaisuri hidup kakanda?"
Padiaaaaa.
Macam mana nak tahu yang dia betul ikhlas.
Macam mana nak tahu yang dia takkan berpaling tadah bilabila nanti.
You know what I mean right..

Cuak bak hangggg.
Gila cuak.
Tengok kawankawan yang dah kahwin alhamdulillah bahagia seronok.
Moga terus diberkati dilimpahi rahmat Allah dan dipenuhi kasih sayang sll.

Dan aku.
Hmm aku rasa aku belum sedia kot.
Tapi kalau dah sampai seru apa salahnya kan. OMG!!!
Tapi just in case yang nak tips cara memilih calon terbaik tu,
bolehlah bangkit malam pi bilik ayaq ambik wudhuk solat sunat sat tahajud, istikharah mohon sungguhsungguh pada Tuhan agar diberi petunjuk yang terbaik.
Goodluck and all the best pada yang bertanya.
Allahuyuftah alaik.

Thursday, July 14, 2016

al.ma.ma.ter.



baru 2 minggu,
dah rindu.
susah nak move on rupanya aku ni.
suka hold on to the past.

orang kata barang yang lepas jangan dikenang
tapi mana sanggup aku lupakan segala macam peristiwa pahit payau masin masam manis tawar dengan para ashabi dekat alma mater.

5 tahun bukan sekejap. 
lebih lebih lagi bila sahabat yang sehati seikat sejantung
dok kehuluhilir sama sama
yang nampak air mata kita tumpah
yang sama sama gelakkan orang (eh!)
yang sama sama support each other
yang jadi musuh bergaduh bertekak bagai nak rak
yang jadi tempat mengadu
tempat lepaskan kemarahan rasa geram bengang dan sebagainya.

will miss them always and always.
inshaAllah doa tu selalu ada utk anda anda
moga dipanjangkan jodoh utk dipertemukan semula.







Thursday, May 12, 2016

.



yang punya kisah hitam di masa lampau itu,
mungkin dia lebih baik
yang punya sejarah hitam di masa lalu itu,
mungkin dia lebih baik
yang punya kejahatan di masa silam itu,
mungkin dia lebih baik


-Al-Hujrat, ayat 11-

Saturday, May 7, 2016

counting days

lupdup lupdup
tiktok tiktok, tiktok teko
pejam celik pejam celik pejam balik_tak celik celik (eh!)
mak hanggggg, 45 hari lagi nak exam PRO III

dalam kereta tadi,
entah malaun mana (adakah aku?) tengah enjoyenjoy tetiba dok peringat pasal exam
masing-masing mengeluh (astaghfirullah T.T )
"exam lagi, banyaknya exam".
baru je pagi tadi exam teori utk surgery posting and mostly semalam masingmasing baru habis clinical exam.

tibatiba, haaaaa kau
hakak naqibah bersuara (kikiki, ampun kak ampuuuunn)
"nanti lepas ni (masa dah kerja) harihari kita exam"
bedesup! darah mengalir laju ke otak dipam jantung yang nyawanyawa manusia bercitacita nak undergo bariatric surgery sb malas nak eksesais kof3 *batukseketika*
cuak beb.
serius cuak.
ayam ungkep mak depan mata ni belum tentu mampu nak telan ;'( sobs

i read this quote somewhere,
"one should be delicate in dealing with lives"
tapi aku masih bersambillewa, bergumbiratakhengat, dan bermalasmalasan.
-nangis tekup muka bawah bantal-

Friday, April 22, 2016

24

last Wednesday I attended an event and I met a new friend_sort of.
like usual, the conversation started with
"hi, im hawa. so, you are Diyana."
i knew her name because we have been searching for her a few minutes before that.

"oh, hi! im Diyana, master student UPM."
ooo she is a master student. so young-my judgement from her looks.
and we talk about a few things more when she suddenly asked me,
"how old are you?"
casually i answered,
"im 24 this year."

suddenly, i got goosebumps and the numbers keep playing, repeating, circulating in my head.
24..24..24 

dia macam ahhhhh. im 24. yup! im 24 years old.

what have i done with my life?
what have i achieved?
what good deed have i done?

aaaahhhh im 24.
aku dah 24 tahun rupanya this year.
oooooooo....
really..there's nothing.

if one day people ask me, what is my biggest contribution in whatever thing it is,
there was really nothing.
my heart cried.
ached, thinking about me.

Sunday, April 3, 2016

stranger

it somehow becomes questions,
how can a stranger be a friend
and how can a friend be a stranger?

yesterday, my friend visited me
it has been almost 5 years since last we met
my other friend for 5 years asked how did we meet?
how did we become friends?

we were both flustered
we don't even realised how we have friended
we have no real connection during our matriculation day
we were not in the same class
we were not in the same room
we were not in the same mentor-mentee group
the only connection was she is a friend of my friend
we met and we've grown closer to each other.

I've lost contact with my friend yet I still contacted her till today.


Friday, April 1, 2016

ouch! of the day

today during class, to be exact before the class started.
my two friends told me an advice they got from a genius in my class.

this is what he said when they randomly asked for an advice from him,
"tak rasa bersalah ke dapat JPA tapi tak study".
sentap jantung, hati dan limpa mak nak.
sakitnya tuh di sini <3
*nangis bawah bantal T.T

tak cukup smp situ je tu dia sambung lagi,
"exam dah dekat tapi korang asyik borak je lagi"
lebih kurang gitulah dialog dia.
exam ade la dalam 80 hari lagi ade ke patut dia suruh cut that into half..?
tercungap la ikan di laut tak cukup nafas hm.
terus mak bukak beg godek godek sikit carik buku bawa keluar then baca.

patut, memang patut dia suruh buat gitu T.T
*nangis lagi

Saturday, March 26, 2016

week end




weekend,

the week end.

nak memperkukuhkan semangat untuk study memg rasa fuh fuh fuh!
nak bangun pagi pun bertangguh tangguh.

apalagi nak bangkit tahajud di sepertiga pagi.
mata memang rasa kena gam.
gam gajah lagi.

kabhi kushi kabhi gam

nak gembira dekat dunia yang sementara
or
bahagia dekat akhirat yang selamanya ?

your choice.

Sunday, March 20, 2016

risk



to take risk. why?


appetite duhhh

tepuklah dada tanyalah selera.

gila ! kalau ikut selera manusia duhh, of course terpesong jauh.
tersesat sesat sampai waze pon tak boleh tolong dah.

"you have reached your destination"
pandang kiri kanan gelap saja.
entah masuk hutan mana.
ingat senang nak patah balik.

its good if u got lost and u learn from those mistakes.
its bad if otherwise. naudzubillah.

[anNisaa':59]

Friday, March 11, 2016

penagih


to develope addiction towards reading.
mengharapkan diri agar ketagih untuk membaca.

just like a drug addict addicted to the marijuana, amphetamine, and heroin.

jadi sengsara, terseksa, merana macam depa bila seharian tak dapat the drugs.
macam tu lah sepatutnya aku; yakni student react bila seharian tak membaca.

jom jadi penagih!
penagih buku berilmiah.


Thursday, March 10, 2016

manusia ni

manusia ni ada nafsu.
nafsu ni dia kepala batu bahkan lebih keras lagi dari batu.
double, triple, quadruple ++.
ditambah dengan hasutan si syaitoonirrrrajim ni lagi, memang selalu cepat je rasa nak melenting.
nak marah. membara-bara.

manusia ni diciptakan drpd tanah makin dibakar makin keras jadinya.
macam bila buat tembikar; kita bakar tanah liat tu bila makin tinggi suhu dia makin kental kegagahannya dan kurang serapan air nya. 
haa tak tahu lettew.

manusia ni bila selalu sangat marah susah nak bentuk hati tu nak lembutkan balik.

Abu Dardaa’ Radliyallaahu ‘anhu berkata:
“Wahai Rasulullah! Tunjukkan padaku amalan yang menjadikan aku masuk syurga.
Nabi ﷺ menjawab: “Janganlah kamu marah dan bagimu syurga!”
(Hadis Riwayat At-Tabrani r.a.)

so, stop being angry.
smiiiileeeeee as if you own all the happiness in this dunya.

Sunday, March 6, 2016

question mark

last night a friend of mine asked me,
macam mana nak ubah sesuatu tabiat? hm,
i was like---> buang tebiat ke ape tanya kt aku ni wei??
aku pun masih terkial2 nak membunuh tabiat-tebiat aku yang bughuk ni ha.

maka berfikir lah aku dan jeng3 aku masih tak dapat identified or formulated a way nak change our bad habit_nak buang jauh3 tanam 7kaki dalam tanah. this is sooo sobss.

but, 1 thing for sure.
kita manusia bertuhan.
kita punya Allah.
firman Nya:
"dan Tuhanmu berfirman,"berdoalah kepadaKu, niscaya akan aku perkenankan bagimu. sesunguhnya orang2 yang sombong tidak mau menyembah kepadaku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina." (al-ghafir (al-mu'min):60)

dont cry. keep calm and berdoalah. a lot.
kerana janji Allah itu pasti.
dan kerana dirimu begitu berharga.

iklan tak berbayar. tapi pelembap dia berkesan.

Saturday, March 5, 2016

nasihat pft pft pft

nak nasihatkan orang tu mudah.
bagi tips blablabla..
kalau nak berjaya buat itu ini..
kalau nak pandai study macam ni macam tu..

tapi..

nak walk the talk tu mashaAllah ya ampuunnn, payah gilos.
lagi2 kalau environment yang tak membina dan sekadar nak mengharapkan pada rapuhnya pegangan diri tu. dia jadi macam harapan tinggal harapan. khayalan semata mata. mimpi. dream.

selalu sangat orang tanya macam mana nak tingkatkan iman dalam hati. selalu sangat jawapan yang dibagi bangun malam tahajud. tapi ya rabbi, yang memberi nasihat tu pon sebulan sekali belum tentu mampu nak qiamullail. nauzubillah.

mahatma gandhi is a good example. dia nak nasihatkan orang supaya berhenti pengambilan gula. sebelum dia nasihatkan orang dia buat dulu benda tu. then, lepas dia berjaya buat benda tu baru dia nasihatkan orang lain pulak.

kita manusia, mr gandhi pun manusia.
if he can, why cant we?
let us walk the talk supaya mudah utk orang y dinasihati tu ikut nasihat kita.

p/s: menasihati adik seharusnya menasihati diri sendiri terlebih dahulu.*nangis bawah meja T.T

Friday, February 26, 2016

just be yourself

orang selalu dok kata "just be yourself" kalau tiba-tiba ade kawan datang mengadu yang ada kawan sorang lagi ni dok peghingat dia perangai dia 'bughuk'.
so kawan ni pon terus-terusan la jadi diri dia sendiri smp ke mati (eh!).
padahal perangai macam ali setan kalah raja bersiung serta si putih dalam ceritera bawang putih bawang merah klasik tu.

just be yourself kalau orang kutuk hang, mengacum padahal hang memang baik dah tapi depa saja2 kutuk pasai depa benci kt hang saja2 nak kumpui dosa pahtu sedeqah pahala kt hang. Alhamdulillah. burp! kenyang. tapi kalau ada orang datang tegur tak berkenan dengan perangai kita yang sekian sekian contoh mcm:

 "sis, maafin gue dong. tapi ketawanya sis itu serupa jin ifrit. mohon ditukar jadi seperti ibu peri ya"

 "bro, sorry bro tapi lu punya gurau kasar sangat la bro ayat tu smp rasa mcm kena maki diriku ini"

so, change for good sisters and brothers. bukan nye " aku kisah ape yang penting aku jadi diri sendiri, tak hipokrit, tak hipocrates oath segala (eh! lagi)". kisahnya.

change for good. tak rugi apa pun. malahan beruntung pula.
jangan dok ketegaq sangat kalau kawan teguq tu maknanya dia sayang kt kita la tu.
kalaupun dia tak sayang kita tidak mengapa. orang lain mesti akan sayang kita suka kita admire kita (pft) kalau kita berubah jadi lebih baik lebih bagus mudah-mudahan lebih beriman jugak.

let us change for good and it is not a wrong thing for us to be our ownself if we are already a wise person.

Add caption

Sunday, February 21, 2016

malasnya...si pemalas

In this life, there are so many level of difficulties.
and those level determined by the strength of our wills in handling it.
macam aku sekarang, i have difficulties in managing my time. naaa, my kemalasan exactly.
time is not the culprit but my kemalasan is. its so damn difficult to not become malas. I am that. it is a very big issue for me. i've learnt that my motivasi utk study tu ada dah tapi disebabkan oleh si malas hawa ini semua kerja tak jadi, semua benda tak study, masuk kelas menganga nampak gigi. bila dr tanya apatah lagi. haaa rythm kau! 

dulu aku rajin serius, ini tak tipu serius tahap supersaiya bila goku bergabung dengan bezita tu. and i think i know the aetiology behind this problem. well we can basically diagnose ourself kan.

i think its because i've reraly read this dua nowadays, u know dua nak elakkan malas tu:


so, thats the end of this entry. inshaAllah sama2 amalkan biar tak malas mcm yada yada yada (i dont remember mcm ape tah)

p/s: sumber google image. aku jumpa doa pemanis wajah kehkehkeh!